AL SHALIHIN ENTERPRISE ditubuhkan
pada 08 November 2010 yang hanya bermodalkan tiga puluh ribu ringgit pada permulaan
perniagaan dan 100% dimiliki oleh Bumiputera.Syarikat ini mula-mula hanya
beroperasi dirumah yang KG Bukit Tembakau,Umbai Merlimau,Melaka secara kecil-kecilan dan memproses Inang-inang Melaka. Setelah
mempunyai modal dan pemasaran yang kukuh AL SHALIHIN ENTERPRISE telah membuka
kedai dan beroperasi di No.2D,Jalan Seri Emas,17A Telok Mas,75460 Melaka.Perniagan atau aktiviti utama yang
dijalankan oleh AL SHALIHIN ENTERPRISE adalah memproses dan mengedar makanan
tradisional Melaka serta aneka produk makanan yang dikeluarkan iks Malaysia.Produk utama yang dikelurkan AL
SHALIHIN ENTERPRISE ialah INANG-INANG ASLI,INANG-INANG SAGU,INANG-INANG
UDANG,INANG-INANG BAWANG PUTIH,INANG-INANG PULUT HITAM,KUIH SEPIT,KUIH
GULUNG,KUIH KARAS DAN CAKAR AYAM.Disamping itu, AL SHALIHIN ENTERPRISE
juga menyediakan khidmat membuat tempahan hamper makanan tradisional dan
pembungkusan doogif bagi majlis perkhawinan atau apa-apa majlis mengikut bajett
pelanggan. Syarikat kami juga membekalkan pelbagai kuih
raya dan kerepek.AL SHALIHIN ENTERPRISE dianggotai kakitangan
yang mahir dalam bidang pembuatan
makanan dan syarikat
sentiasa memastikan kualiti
produk dikelurkan bersih,sedap dan bermutu.

inang-inang produk warisan bangsa
gambar kedai di TELOK MAS MELAKA